Posts

Hanya Satu Doa

Image
Ada sesetengah orang bila tidak lagi bersama kita, kita akan dimaklumkan mengikut cara mereka tersendiri untuk bagitahu bahawa mereka ini dah pun bahagia dan cuba berkongsi agar orang lain yang pernah muncul di dalam hidup mereka tahu.  Andai kata, status itu adalah untuk aku, aku bersyukur dan sangat berharap agar insan yang kini mengganti akan menjaga Dia sebaik mungkin dan jangan sesekali Dia disakiti walau dengan cara apapun.  Doa aku hanya satu kepada yang Rabbul Jalil, semoga Dia sentiasa Bahagia, Hidupnya sentiasa dipermudahkan, capaikanlah dia  untuk mencapai apa yang diinginkan di dalam hidupnya khususnya untuk menjadi seorang warga pendidik yang mahu menabur baktinya kepada anak bumiputera dan Malaysia. Dan andai kata bila-bila masa diperlukan untuk mendengar, aku sentiasa disini untuk menjadi pendengar walaupun kita bukan lagi apa-apa kerana mungkin bukan itu rezeki kita dan sesungguhnya Allah telah jamin rezeki kita.  Jaga diri WNA.     

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Image
Sejak akhir-akhir ini beribu-ribu kes covid dicatat setiap hari dan tidak lari dari menjangkiti orang yang kita sayangi sekeliling kita. Memang kita cuba untuk elak dan pelbagai SOP diikuti tetapi andainya telah ditulis ujian untuk kita, insyallah itulah ujian yang mampu kita tanggung kerana Allah tidak akan sesekali mebebankan HambaNya.   Bagi yang telah dijangkiti kita mengharapkan agar tabah dan sesungguhnya anda insan terpilih untuk menerima tetamu makhluk kecil Allah ini lagi-lagi di penghujung Ramadhan menjelangnya Syawal. Mungkin raya kita terganggu pada tahun ini kerana larangan merentas negeri dan kuarantin namun kita perlu faham bahawa raya aidilfitri itu hanya sehari namun kesan penyakit ini mungkin andai kata dijangkiti silap-silap boleh tinggal selamanya samaada secara fizikal mahupun psikologi. Di masa-masa kritikal seperti ini, hanya nama Allah Al-Hafiz dan As-Syafi  yang bermaksud Allah Maha Menjaga dan Allah juga yang Maha Menyembuh itulah yang perlu kita pegangi.    A

Allah Hadirkan Seseorang Dalam Hidup Kita Bersebab

Image
Dah hamp ir 2  ke 3 t ahun kot, insan ini hadir di dalam hidup tapi aku tak pernah nampak sehingga beberapa bulan lepas. Tapi perasaan kali ini lain bukan berlandaskan nafsu semata seperti sebelum ini tetapi lebih ke pada aku seolah-olah kalau boleh nak datang dalam hidup dia dan famili sebab dah tak nak tengok hidup dia su sah lagi selepas kehilangan orang tersayang 6 tahun lepas. Aku kalau boleh nak mengisi kekosongan yang ditinggalkan untuk memudahkan dia dan keluarga.    Kali ini jugalah pertama kali dalam hidup aku lakukan istiharah dan beberapa kali juga yang mendapat mimpi bukan aku tetapi dia samaada pada malam yang sama atau malam esoknya andai kata aku solat istiharah lewat. Pernah juga aku pula mimpi apabila dia yang melakukan istiharah. Mimpi mungkin permainan syaitan, tetapi mimpi juga menyebabkan wujudnya salah satu Hari Suci umat Islam iaitu Hari Raya Qurban iaitu atas mimpi Nabi Ibrahim sebanyak 3 kali. Mimpi ini banyak datang melalui dia sebab aku rasa biasanya solat i

BBQ Di Excel Training & Country Resorts

Image
Kalau kata anda ingin buat aktiviti BBQ/Event yang private untuk tempoh satu hari mungkin Excel Training & Country Resorts di Lenggeng Negeri Sembilan ini boleh menjadi salah satu pilihan yang mana mempunyai fasiliti yang agak lengkap walaupun di sini tiada talian telefon. Tapak ini dimiliki oleh KOPETRO (Koperasi Kakitangan Petronas) dengan usahasama bersama motivator terkenal, Dato Dr Haji Mohd Fazillah Kamsah. Swimming pool juga di dalam renovation sewaktu program ini dan since kami sampai pun dah hampir jam 10 pagi, padang bola pun dah agak panas kalau nak main bola atau sukan-sukan lain. Yang tak kisah panas boleh je. Aktiviti kami dipenuhi dengan acara memasak, karaoke dan carrom. Kalau kata anda nak mengadaka sukaneka, lebih baik datang awal mungkin sekitar 7.30 pagi yang mana pada ketika itu cuaca lebih sejuk, yelah kan tengah-tengah hutan. Ada beberapa chalet yang boleh ditempah untuk berehat dan surau yang agak besar untuk menampung jemaah. Kalau ada bajet &am

Latihan Pemanduan Semula Bersama Cikgu Salim & Socar

Image
(Sumber:  https://www.facebook.com/latihanmemandusemula ) Selepas kemalangan hampir 6 tahun lepas dengan kereta member office, Saharah di hari terakhir dia berkhidmat untuk Gading dan menyebabkan hampir sebahagian gaji digunakan untuk membaiki semula kereta yang dilanggar memang menyebabkan aku serik lagi untuk memandu dan terfikir untuk menggunakan kapchai dan ETS seumur hidup.😅 Namun pada bulan Disember 2019, saya kembali memberanikan diri untuk hadir ke satu kelas pemanduan semula oleh Cikgu Salim yang mana pernah dihubungi dalam 6 bulan sebelum itu tapi belum berkesempatan namun ternyata rezeki dan nikmat Allah itu tidak pernah salah alamat sekiranya ilmu itu milik kita insyallah Dia akan berikan.  Ikhlasnya saya memang tidak terfikir akan mampu memandu walaupun mungkin dipandang mudah oleh kebanyakan rakyat Malaysia, namun dengan tunjuk ajar dan dorongan Cikgu Salim dan latihan yang di hadiri sebanyak 3 kelas iaitu setiap kelas diantara tempoh sejam ke tiga jam

The City of Surfers, Gold Coast Australia

Image
Alhamdulillah, perjalanan kami pada kali ini sekali lagi ke negara Kangaroo yang baru-baru ini menghadapi kebakaran hutan yang agak besar yang meragut nyawa hampir 500 juta populasi Kangaroo dan Koala. Kali ini destinasinya adalah ke pantai terkenal Australia di sini iaitu Gold Coast.  ******************************Itinerari Perjalanan ***************************** Hari Pertama  - Bertolak dari KLIA 2 - 11.55 Malam  Hari Kedua  - Sampai di Coolangaata Airport  - Pickup Kereta  - Check in Airbnb Homestay - Chevron Renaissance  Hari Ketiga   - Seaworld Theme Park  - Pacific Fair Shopping Centre Hari Keempat   - Lone Pine Koala Sanctuary  - The Myer Shopping Centre  Hari Kelima   - Skypoint  - Australia Fair Shopping Centre  Hari Kenam  - Checkout Airbnb Homestay - Bertolak pulang ke KLIA2 dari Coolangaata Airport : 10.50 Pagi  Mitsubishi ASX By Ace Car Rentals AU Ai

Langkawi The Legendary Island

Image
Lepas dekat sebulan lebih planning, saya dan beberapa member daripada ofis telah berjaya menjadikan rancangan percutian kami suatu realiti pada 11 hingga 13 Oktober 2019.  Pada hari pertama iaitu hari jumaat, kami bertolak dari KLIA2 dalam jam 8.25 malam berikutan hari tersebut merupakan hari kerja dan terpaksa mengambil penerbangan malam. Alhamdulillah, cuaca baik dan penerbangan Airasia yang kami gunakan menepati masa tanpa sebarang delay samaada untuk penerbangan pergi mahupun pulang walaupun penerbangan ini pada waktu malam.   Percutian selama 3 Hari 2 Malam ini agak lancar berikutan cuaca yang baik dan hanya hujan renyai sesekali. Pakej ini mungkin tidaklah terlalu murah atau terlalu mahal namun agak selesa andai kata kita mahu membawa keluarga mahupun ibu ayah ke sini. Langkawi pada saya adalah sebuah destinasi yang cantik setanding destinasi yang pernah dikunjungi sebelum ini.  Dua tempat tarikan utama yang tidak kami pergi adalah Island Hoping dan Puncak Gunung Ma