Antara Cinta Dan Amanah
Kadang-kadang aku tertanya
Manakah lebih penting cinta atau amanah
Bila cinta kita berpegang
Apakah Amanah kita pejuang
Bila cinta kita dusta
Apakah amanah kita hilang
Kadang-kadang aku tertanya
Manakah lebih penting cinta atau amanah
Cinta memberikan kegembiraan seketika
Tetapi amanah akan memberikan kegembiraan hakiki
Kiranya kita bawa yang terbaik
Cinta mudah untuk datang dan pergi
Amanah sekali datang dan sekiranya pergi takkan sama lagi
Kadang-kadang aku tertanya
Manakah lebih penting cinta atau amanah
Cinta mempunyai banyak jenisnya
kepada Allah, ibubapa, keluarga, kawan-kawan dan kekasih
Tetapi amanah.....
Dari siapakah ia, apakah jenisnya bila pula sampainya
Pada aku cinta dan amanah datangnya sekali
Bagai lagu dan irama sukar untuk dipisahkan
Bagai ombak dengan laut rumit untuk dimiliki
Tetapi sekali dimiliki jangan disiakan
Jika disiakan bilakah lagi kan kita nikmati
Comments