Minggu Mesra Siswa UiTM

Buat pertama kalinya dalam sejarah MMS UiTM, aku dilantik sebagai Pengarah Minggu Mesra Siswa atau MMS untuk Kolej Jati,...hehe seronok betul yer lah dapat berkhidmat pada kolej yang aku duduk dari sem satu lagi.

Jadik Pengarah MMS ni best sebab satu kolej akan kenal ko, bukan nak mempublisitikan diri tetapi tugas sebagai pengarah ni menyebabkan terpaksa memberikan arahan kepada bebudak freshies ini agar depa tak menghadapi banyak masalah bila habis MMS nanti. Tetapi sebenarnya bantuan yang diberikan oleh para pembantu mahasiswalah yang melancarkan program ni. PM-PM Kolej Jati boleh aku kata mantap dan merekanilah yang jadi tulang belakang yang membantu aku menguruskan MMS kali ni. 

Carta Organisasi MMS Untuk Kolej Kediaman Jati\

 
Barisan PM-PM yang telah banyak membantu aku
 
Sila report perkembangan, ape yang kembang dan ape yang x kembang-kembang...haha
 
Aku dengan Timbalan Pengarah Jati & Meranti, Shuib & Nish 
 
Taklimat bersama Pengetua & Pengurusan Kolej
27 JUN: Pendaftaran Di Kolej Kediaman Jati UiTM Malaysia
 
Untuk buat pertama kali dalam sejarah MMS, kaunter H1N1 dibuka untuk menentukan para Pelajar Baru yang perlu dikuarantin atau tidak
Para PM sedia menerima kedatangan ibubapa yang menghantar anak masing-masing

PM yang menjaga dan menyambut kehadiran ibubapa di padang kawad
Para PB mendaftar kolej di dalam Dewan Seminar Kolej Kediaman Jati
Sistem 1 minit digunakan dalam pendaftaran kolej
Pak cik bleh terus lepas tu belok terus sket pas tu belok...tapiii Pak Cik nak g ner ek?..hehe
 Terima kasih bebanyak abang-abang driver bas UiTM tanpa anda siapalah kami
Dato Prof Nassudin Othman pun sempat menjenguk MMS di Kolej Jati
 
Keadaan trafik di padang kawad
 
Dimana ada gula disitu ada kedai jual air jagung, bandung, air oren, ngan air...man tak kesahhh.

28 Jun: Pendaftaran Para Pelajar Baru Sebagai Pelajar UiTM

 
Kali pertama Para PB naik bas UiTM untuk mendaftar sebagai pelajar UiTM
Para PM sedia membantu menguruskan bas ketika proses penghantaran PB ke DSB
Para PB beratur panjang untuk mendaftar diri
PB yang menunggu di dalam Dewan Anex
Senyum senyum....senyum sokmo korang ek...haha
Saya bujang lagi kak kalau akak tak cayer tanya mak saya..haha
Abang PBSM yang sedia menunggu PB yang mungkin jatuh pengsan akibat nervous ambek gambar dan diinterview
Tahniah sekarang anda telah pun menjadi sebahagian dari keluarga UiTM
 
Petang tu pulak ade senam seni ala Malaysia sian kat bebudak ni sebab dah penat

Muka-muka kepenatan PM-PM aku....huhu
Ala goyang-goyang sket jer dah berpeluh camner

Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib,Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Khaled Nordin, Tan Seri Dato Seri Naib Canselor, dan Dato TNC juga hadir pada petang tersebut semasa program senam seni ala malaysia tu
29 JUN: Majlis Amanat Prof Dato Dr Nasuddin Othman, TNC Hal Ehwal Pelajar
Dato Nas memberikan sedikit amanat & wasiat...hah wasiat

Para PB tekun mendengar amanat sebab kalau tak dengar kena tarik telinga..haha

Dari kiri: Saudara Mursyidi (YDP MPP), Dato Nas (TNC HEP), Prof Zul (Unit Koko), & Puan Azida Azmi (Ketua Penolong Pendaftar HEP)

Malam tu pulak ada bersama tokoh, Dato Paduka Khairudddin Abu Hassan

 
Pelbagai gaya pertanyaan ada yang kuak lentang, kuak dada, menguak pun ada..haha

Sedikit cenderamata dari pihak kolej kepada Dato Paduka

Jamuan untuk VIP yang hadir, aku pun join sekaki

Aku tolong ambek minuman untuk Puan Mottahatti, biaser ar curik hati mak mentua..haha

30 JUN: Latihan Dalam Kumpulan & Road Tour MPP Di Kolej
LDK sedang berlangsung dan dibantu oleh fasilitator yang dilantik kecuali Pengarah..hehe

  Seronoknya dapat pegang mikrofon cam tak nak lepas plak

Gaya-gaya MPP sewaktu menjawab persoalan dari para pelajar semasa slot Road Tour MPP

1 JULAI: Amanat Dekan 
 
Para pelajar tekun dengar amanat dekan, kalau tak dengar tak bleh grad aku gertak bebudak tu...haha

2 JULAI: Amanat Naib Canselor dan Ikrar Pelajar Baru
Persiapan dalam menyambut kehadiran orang kedua terbesar dalam UiTM

PM-PM beratur untuk bersalam dengan Tan Seri Dato Seri NC

Naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan juga YDP MPP

NC memberikan amanat beliau

Semua PB berpakaian batik mim

Para PB berikrar sambil diperhatikan NC & TNC-TNC UiTM
Ceramah yang diberikan oleh wakil daripada CiTU

Bergambar dengan machonya sambil mendengar ceramah
Menyanyi lagu warisan tanda hari terakhir kami bersama dengan PB-PB, semoga berjumpa lagi dilain masa
4 JULAI: Taklimat Kenegaraan
 
Wajah-wajah kepenatan setelah hampir seminggu mengikuti MMS Julai 2009
Ceramah kenegaraan oleh Pak Raden...walau telah bersara jasamu tetapi dikenang


5 JULAI: Hari terakhir kami...haha dan huhu, suka dalam sedih, sedih dalam suka
Selamat tinggal kesemua PB-PB, abang harap korang dapat ANC macam abang..haha(penah la plak)
Bersama dengan PM-PM Kolej Jati buat kali terakhir sebelum kami menjadi mantan PM..haha

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Annyonghaseyo from Seoul, South Korea

Kolej Matrikulasi Perlis