Jamuan Raya Blok D
Lepas jer program Seminar FAR400 hari Sabtu tu, hari ahad tu plak aku ada majlis raya kat Dewan Seminar Kolej Jati dan merupakan anjuran blok D.
Tuan pengetua, Pegawai Pembangunan Pelajar, Ketua Blok dan Pengarah Projek
Pada aku setinggi manapun kita, program yang menjemput kita jangan kita tolak kerana rasa diri sendiri besar dan tak layak dijemput untuk program kecil-kecilan, ini kerana semua manusia adalah sama yang membezakan kita adalah peluang yang diberikan oleh Allah kepada kita.
Tarian dari penari kolej Kediaman Melati....yer ar mane la ada student perempuan kat Jati ni...haha
Aku cukup suka dengan program ni, bukan sebab program ni program makan, tapi sebab program ni ada simbolik perasmian yang aku rasa cukup mantap dan berkesan ditambah lagi penari-penari yang dimport khas dari Kolej Meranti dan Kolej Melati....hehe bukan aku suka program ni sebab ada penari Melati yang cun2 ek.
Walaupun aku dijemput untuk duduk di meja VIP, tapi aku lebih suka duduk di meja belakang bersama penghuni-penghuni blok D yang lain. Pada pendapat aku di kolej, aku lebih suka dilayan seperti penghuni biasa yang tiada apa-apa jawatan....haha bukan apa kalau aku dianggap cam MPP kang mcam-mcam program Kolej jemput, kan ke masalah tu...haha.
Aku jugak tau apa perasaan penganjur program (JPB Blok) tentang kehadiran aku, apakan tidak dulu time aku JPK sekali pun apabila program dihadiri MPP aku sudah cukup teruja inikan pula program blok...haha. Tapi itu tak penting yang penting apaaaa??? kerjasama....haha
Sebelum mengundur diri marilah kita berfikir tentang kehidupan kita berkeadaan seperti roda, kadangkala kita diatas dan kadangkala dibawah, persoalannya bagaimana kita bertindak apabila diatas dan apabila dibawah....sama-sama kita fikirkan.
Comments