Top Ten News Today (22 Nov 2009)

Dari Utusan Malaysia



1. Husam letak jawatan?
Husam yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi II PAS Kelantan telah mengemukakan hasratnya untuk meletak jawatan dan semua jawatannya dalam kerajaan. Namun hasrat beliau ditolak oleh Dato Nik Aziz sebaliknya memberikan beliau 5 hari cuti untuk menenangkan fikiran. Pada pendapat saya isu masalah dalaman PAS ni telah pun berlarutan dan semakin kompleks, namun apapun yang saya harapkan PAS akan terus membawa syiar Islam di Malaysia bersama-sama dengan isu ketuanan Melayu yang dibawakan oleh UMNO agar kepentingan masyarakat terutamanya bumiputera terus terbela dengan adanya kedua-dua parti ini.

2. Tiong Lai bertegas adakan EGM 
Semakin hari semakin kusut, itulah yang dapat saya gambarkan di dalam isu dalaman Parti Politik terbesar masyarakat Cina ini. Perdana Menteri selaku Presiden Barisan Nasional perlu segera mengambil tindakan atau masalah menjadi semakin kusut dan akan membawa perpecahan kepada parti secara besar-besaran dan sekiranya salah seorang samaada Presiden atau Timbalan Presiden meletak jawatan dan lompat parti, natijahnya kita tengok sahajalah nanti.
 
3. Musim berkhatan-Majlis khatan kecoh peserta takutkan jarum
Teringat pulak aku masa berkhatan dulu, menangis sebab malu bukan sebab sakit....haha macam-macam. Sekarang merupakan musim cuti sekolah yang mana merupakan musim berkhatan bagi yang belum. Sebenarnya berkhatan merupakan sebuah pintu kepada seorang anak lelaki bergelar dewasa. Ini merupakan sunnah daripada Rasulullah sendiri. Saya tertarik dengan petikan akhbar hari ini, majlis khatan kecoh peserta takutkan jarum...ermmm macam-macam ada. Tapi yang penting bagi yang berkhatan pada musim cuti sekolah ini selamat berkhatan dan selamat datang ke alam dewasa. 

4. Peguam negara teliti saman RM105 juta 
Saman ini merupakan saman dari bapa tiga murid yang mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada saya tindakan ini wajar kerana ia akan memberikan impak kepada kerajaan dalam rancak membangunkan negara, keselamatan warganya perlu diambil kira. Selepas ni saya rasa mungkin ada undang-undang khas atau enakmen yang diwujudkan yang berkisar tentang keselamatan sesebuah jambatan itu sendiri sebelum ia dibenarkan untuk digunakan.

5. Samy Vellu berundur terajui MIC Mei 2010?
 Sammy Vellu merupakan bekas wakil rakyat Sungai Siput dan merupakan Presiden MIC sehingga kini walaupun kalah pada pilihanraya PRU12 yang lepas. Namun saya sedikit berasa lucu kerana sejurus sahaja beliau menghadapi kekalahan tersebut beliau mendakwa " saya kalah bukan sebab orang tak suka saya, saya kalah sebab orang tak suka BN".....ermmmm entah lar. Politik ni macam-macam ditambah lagi dengan ahli politik yang macam-macam ragam menyebabkan politik ini sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Ia disebabkan politik ini merupakan hubungan manusia dengan manusia atau hablumminnannas. Pengunduran beliau saya cukup sokong agar dapat barisan muda menyambung kepresidenan beliau.


6. Minta Kaji Semula Kuota Masuk Sipadan
Sebenarnya saya cukup tertarik dengan Pulau Sipadan kerana pulau ini merupakan antara pulau yang paling banyak mendapat tumpuan pelancong dan pelanun...haha. Apa yang saya dengar pulau ini merupakan sebuah pulau yang cukup menarik untuk dilawati dan saya berharap agar dapat ke sana suatu hari nanti...insyallah. Berbalik kepada isu diatas, wakil rakyat Pulau Sipadan mencadangkan agar kuota tersebut dikaji semula agar lebih ramai pelancong dapat masuk ke Sipadan dan dalam masa yang sama membantu ekonomi pulau ini. Saya harapkan agar Parlimen sendiri dapat mengkaji semula perkara ini demi untuk kemajuan industri perlancongan itu sendiri.

7. Kanak-kanak 11 tahun diculik, dirogol
Hanya satu kesimpulan boleh saya buat....dunia yang semakin maju menyebabkan ketamadunan sahsiah manusia menjadi semakin mundur. Tiadanya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan manusia semakin kejam dalam mengejar keduniaan.

Dari Kosmo
8. Beckham pasang impian menggunung
Satu perkara yang menyebabkan saya berminat dengan Beckham adalah caranya mengambil free kick...asal amek jer gol asal amek jer gol asal gol jer amek..haha. Beliau merupakan pemain yang diserap ke pasukan utama Manchester dari pasukan remaja. Selepas pertelagahan dengan Sir Alex Ferguson, beliau dijual ke Real Madrid dan seterusnya ke AS Galaxy dan sekarang dipinjamkan ke AC Milan. Beliau dipinjamkan ke Milan kerana mahu beraksi pada Piala Dunia pada tahun hadapan yang bakal diadakan di Afrika Selatan. Apa-apapun just do your best David Beckham..hope you can repeat Peter Shilton's Caps record again.

9. Cantona bidas Henry
Legenda Manchester United membidas Thierry Henry dan jurulatih kebangsaan Perancis akibat daripada isu memegang bola sewaktu perlawanan dengan Ireland beberapa hari yang lepas. Cantona menganggap Domenech tidak layak menjadi jurulatih kebangsaan Perancis dan menyamakannya dengan Raja Perancis Louis XVI. Cantona juga dipetik sebagai berkata  beliau bukannya terkejut dengan insiden memegang bola tersebut tetapi lebih terkejut apabila Thierry Henry datang kepada pemain Ireland dan menenangkannya selepas tiga minit perkara itu berlaku iaitu sejurus perlawanan itu tamat. Pada saya, saya hanya menganggap betapa Henry telah mengulangi tindakan pemain legenda Argentina, Maradona yang digelar Hand Of God sampai sekarang.

10.Hari Pelancaran & Pendaftaran Projek GnG di USJ 2 akan Diadakan Pada 5 Disember 2009
Beberapa hari yang lepas saya ada menulis tentang tahap keselamatan di beberapa kawasan USJ yang masih tiada pagar dan pengawal walaupun kes jenayah cukup tinggi sebagaimana dilaporkan oleh Balai Polis Bukit Aman. Komuniti USJ 2 yang telah merancang untuk mengadakan hari pendaftaran dan pelancaran projek ini pada 5 Disember 2009 di padang berdeketan masjid di USJ 2. Pelancaran bakal dijalankan oleh YB Hannah Yeoh, Ketua Polis USJ.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Kolej Matrikulasi Perlis

Annyonghaseyo from Seoul, South Korea