Top Ten News Today (23 Nov 2009)



Saya mengharapkan agar usaha yang dijalankan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi ini dapat disokong oleh rakyat Malaysia namun PM juga perlu pastikan bahawa Facebook ini diuruskan oleh pembantunya namun PM perlu ingat bahawa beliau perlu turun sekali sekala ke laman ini sebagai usaha mendekatkan pemimpin dengan rakyat.


Sekiranya Hang Tuah pernah berkata takkan melayu hilang di dunia...inilah dia wakil melayu yang berpakaian hang tuah pergi menemui pemimpin nombor satu Amerika Syarikat, Barrack Obama. Saya berbangga kerana Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis tidak segan silu menunjukkan budaya Malaysia di luar. Perlantikan beliau selaku duta besar Malaysia ke Amerika diharapkan dapat memberikan impak yang besar kepada hubungan diplomatik kedua buah negara ke arah sebuah hubungan yang lebih mantap dan berkesan.



Inilah yang berlaku apabila jemaah haji menggunakan syarikat swasta yang tidak mendapat persetujuan daripada Lembaga Tabung Haji sendiri. Namun begitu saya harapkan agar keputusan kuota yang dikeluarkan pada hari ini akan menyebelahi mereka sebelum menjelangnya hari raya haji pada hujung minggu ini.



Dalam kita bergembira menyambut cuti sekolah yang tiba bersama anak-anak, keselamatan jalanraya sewaktu memandu jangan kita lupa. Memang benar dimana sahaja nyawa kita akan diambil sekiranya telah sampai waktunya, tetapi perlu kita ingat kepada pesan Allah, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Penyebab ini merupakan kecuaian manusia sendiri. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga mangsa dicucuri rahmat keatasnya. Al-fatihah.....


Sedih saya membaca tajuk akhbar ini, pindah calon SPM kerana banjir. Para pelajar yang sepatutnya mengambil peperiksaan dalam keadaan yang selesa terpaksa berpindah randah demi untuk mengambil peperiksaan SPM tersebut. Namun saya doakan agar para pelajar ini dimudahkan urusannya oleh Allah dalam menjawab peperiksaan walau apapun kejadian yang menimpa diri mereka.


Sekiranya beberapa hari lepas RHB melaporkan bahawa mereka mencatat keuntungan hampir 700 juta, Petronas Dagangan, anak syarikat Petronas pula mencatat keuntungan sebanyak RM268 juta. Alhamdulillah, dalam keadaan ekonomi yang gawat dan ramai pekerja terpaksa diberhentikan, kebanyakan syarikat Malaysia dapat mencatat keuntungan walaupun lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Keuntungan ini sebenarnya kurang berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM268.716juta berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM273.595juta. Saya juga harapkan agar Petronas Dagangan ini tidak lupa untuk memberikan sedikit pulangan kepada pekerjanya yang telah bertungkus-lumus memastikan syarikat tersebut dalam trek yang betul.


Saya selaku penyokong bola sepak di Malaysia berharap agar kedua-dua tokoh politik ini dapat mengambil jalan yang terbaik dalam memastikan keberjayaan dan keberkesanan bola sepak di Perak khususnya dapat terus dijaga. Tidak kisah siapapun Presidennya samaada Nizar ataupun Zambry yang penting calon yang terpilih dapat meningkatkan bola sepak Perak dan seterusnya bola sepak Malaysia di mata AFC, FIFA dan seterusnya dunia.


Alex Ferguson optimis tentang kemampuan skuadnya menerajui persaingan bola sepak Liga Perdana England jika mereka mencecah Tahun Baru dengan terus merapati pendahulunya, Chelsea. Pada saya, keoptimisan pengurus yang telah 20 tahun membimbing skuad ini sebenarnya mengambarkan betapa keyakinan Ferguson bukanlah satu gurauan. Saya juga yakin betapa skuad ini mampu untuk sekali lagi memenangi liga perdana england andaikata kata-kata Fergie itu dijelmakan dalam permainan anak-anak buahnya yang semakin hari semakin berbisa.


Lima gol dari Defoe....cukup banyak...cuma satu lagi untuk double hatrik daripada beliau menunjukkan betapa England mempunyai penyerang-penyerang berbisa dan sangat berbahaya yang mana pasukan lawan perlu berjaga-jaga khususnya pada perlawanan Piala Dunia pada bulan 6 tahun hadapan. Saya juga tertarik apabila melihat perbezaan ketara antara Peter Crouch dengan rakan sepasukannya. Tengok sahaja dalam gambar, anda boleh bayangkan kalau kata pemain biasa EPL pun kita dah kata tinggi inikan pula Peter Crouch yang ketinggiannya 202cm lebih....haha bayangkan ler.


Memang lar Henry tidak menipu tetapi Henry telah melanggar peraturan bola sepak agar tidak memegang bola di kawasan permainan. Siapa pulak yang kata Henry menipu, Mr Zidane...you tell me. Yang salah tetap salah, tetapi bezanya ialah kesalahannya itu ketara atau tidak dan adakah kesalahannya itu dihukum atau tidak itu yang menjadi persoalannya sekarang.


Saya hormati Datuk Seri Nizar Jamaluddin selaku Presiden PAFA namun begitu dunia politik memaksa beliau untuk meletakkan jawatan selaku Presiden. Saya harapkan agar beliau dapat meletakkan jawatan sebagai Presiden PAFA dengan terhormat atau beliau akan dilucutkan jawatannya secara tidak terhormat. Saya harapkan beliau mengambil keputusan yang terbaik demi untuk kemajuan bola sepak Perak khususnya dan Malaysia amnya. Kepada Dato Seri Zambry, selamat datang ke PAFA dan semoga tahun hadapan menjadi tahun yang cemerlang buat bola sepak Perak.


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Kolej Matrikulasi Perlis

Annyonghaseyo from Seoul, South Korea