X ingat @ Lupa

Insan....
Mungkin kerana kita leka

Seringkali bila pena terlepas daripada genggaman
Ucapan 'Ops' mendahului 'Allahu Akbar'....

Tatkala perut lapar sudah terisi
'Huh, kenyangnya' mengatasi 'Alhamdulillah'

Apabila diri terpegun oleh keindahan suria
'Subhanallah' tertutup oleh 'cantiknya'

Ada ketikanya berita kematian mengunjungi
'kasihannya' terucap juga kerana kita lupa kepada 'Innalillah'

Kadangkala kita lupa
Kekadang kita sengaja
Mungkin kita terpaksa

Namun, Insan...
Walaupun kita lupa, sesuka @ terbiasa,
Berhati-hatilah..

Agar bila mana Izrail tiba membawa berita..
Ucapan syahadah..
Tetap menjadi juara..
Mengatasi segalanya..

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Allah Hadirkan Seseorang Dalam Hidup Kita Bersebab

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???