Latihan Pemanduan Semula Bersama Cikgu Salim & Socar


(Sumber: https://www.facebook.com/latihanmemandusemula)

Selepas kemalangan hampir 6 tahun lepas dengan kereta member office, Saharah di hari terakhir dia berkhidmat untuk Gading dan menyebabkan hampir sebahagian gaji digunakan untuk membaiki semula kereta yang dilanggar memang menyebabkan aku serik lagi untuk memandu dan terfikir untuk menggunakan kapchai dan ETS seumur hidup.😅

Namun pada bulan Disember 2019, saya kembali memberanikan diri untuk hadir ke satu kelas pemanduan semula oleh Cikgu Salim yang mana pernah dihubungi dalam 6 bulan sebelum itu tapi belum berkesempatan namun ternyata rezeki dan nikmat Allah itu tidak pernah salah alamat sekiranya ilmu itu milik kita insyallah Dia akan berikan. 

Ikhlasnya saya memang tidak terfikir akan mampu memandu walaupun mungkin dipandang mudah oleh kebanyakan rakyat Malaysia, namun dengan tunjuk ajar dan dorongan Cikgu Salim dan latihan yang di hadiri sebanyak 3 kelas iaitu setiap kelas diantara tempoh sejam ke tiga jam saya sudah mampu memandu menggunakan suatu aplikasi yang Cikgu Salim ajarkan iaitu Socar. 


1. Kos Kemalangan

Socar ini banyak membantu saya sebab antara yang dirisaukan oleh seseorang yang ingin memandu adalah kerisauan berlakunya kemalangan dan kos yang perlu ditanggung. Melalui aplikasi ini kos maksimum disebabkan kemalangan dapat dikurangkan kerana wujudnya insuran apabila anda menempah sewaan kereta ini melalui handphone. 



2. Pilihan Kereta

Socar mempunyai pelbagai jenis kenderaan dan kos pengunaan sejam bergantung kepada jenis kereta dan masa tempahan samaada semasa on-peak atau off-peak,ia juga bergantung kepada lokasi, Socar di Ipoh adalah lebih mahal berbanding di Shah Alam. Antara pilihan-pilihan kereta pilihan adalah seperti di bawah:


3. Masa Latihan Pemanduan

Salah satu waktu yang terbaik untuk memandu bagi pemandu yang masih di dalam training adalah sewaktu sebelum Subuh dalam jam 5 pagi dari rumah ke Masjid, ilmu dapat pahala pun dapat. Ini adalah kerana biasanya kenderaan di jalan raya tidak sebanyak sesudah subuh kerana masing2 sudah bersiap untuk bergerak ke pejabat. Ikutkan peringkat jalan yang saya gunakan semasa latihan adalah seperti di bawah, ala-ala macam nak train seorang pilot yang ada flying hours: 

a. Jalan Di Kawasan Perumahan (Bawah 20 Jam Masa Pemanduan)
b. Jalan Bandaran/Negeri (Bawah 100 Jam Masa Pemanduan)
c. Lebuhraya/Jalan Persekutuan (Diatas 100 Jam Masa Pemanduan dan dicadangkan jarak dekat untuk permulaan)

1st Time Drive Kereta Dari Shah Alam ke Ipoh 

4. Murah atau Mahal Berbanding Pembelian Kereta 

Soalan ini agak subjektif tetapi bagi saya dengan membeli kereta banyak perkara perlu difikirkan termasuklah pembayaran bulanan, maintenance, insurance, road tax dan lain-lain walaupun agak convenient tetapi dengan menggunakan Socar anda sekadar on application bayar kos perkhidmatan dan boleh start memandu. Sekiranya anda duduk di rumah flat seperti saya, masalah parking kereta selalu berlaku tetapi dengan Socar petak parking telah direserve oleh Socar dan hanya pergi ke kawasan dan pickup. 

Contoh Pengiraan Honda City:

Socar:                  
  • Jika guna kereta 2 jam sehari = RM8/Jam x 2 Jam x 30 Hari = RM480 Sebulan 
  • Jika guna kereta 4 jam sehari = RM8/Jam x 4 jam x 30 Hari = RM960 Sebulan 

Kereta Sendiri: 

  • Harga City RM78,500, dengan kadar faedah sewa beli 2.5% setahun bayaran sebulan adalah RM890 (Belum termasuk petrol, insuran, road tax dan kos membaiki dan maintenance)


Conclusion 

Sekiranya anda less frequent driver seperti saya pengunaan Socar mungkin murah bagaimanapun sekiranya anda adalah frequent driver lebih baik membeli kereta.


5. Mileage & Petrol Claim 

Perlu dingatkan bahawa sekiranya anda terpaksa mengisi minyak semasa menggunakan kereta Socar anda boleh menuntut semula perbelanjaan ini melalui button petrol reimbursement dan akan mempunyai 2 options seperti dibawah:

a. Secara Point:
Reimbursement didalam bentuk points yang boleh digunakan untuk pengunaan Socar seterusnya dan anda akan dapat bonus 10% dari jumlah tuntutan contohnya sekiranya anda mengisi RM50 anda akan dapat 55 Socar Points yang mana proses reimbursement adalah dalam masa 4-8 Jam.

b. Fund Transfer: 
Reimbursement di dalam bentuk pemindahan wang ke dalam akaun yang mengambil masa dalam 10 hari. 

6. Pilihan Selain Socar

Sehingga kini, application yang saya rasa comparable untuk Socar adalah GoCar namun application ini agak slow dan less user friendly namun GoCar tidak mempunyai sebarang mileage cap/limit yang mana ia mungkin sesuai sekiranya anda ingin memandu jauh. Pilihan kereta GoCar yang banyak di Shah Alam adalah Renault Captur dan Nissan Almeira.



Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Allah Hadirkan Seseorang Dalam Hidup Kita Bersebab

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???