Allah Hadirkan Seseorang Dalam Hidup Kita Bersebab

Dah hampir 2 ke 3 tahun kot, insan ini hadir di dalam hidup tapi aku tak pernah nampak sehingga beberapa bulan lepas. Tapi perasaan kali ini lain bukan berlandaskan nafsu semata seperti sebelum ini tetapi lebih kepada aku seolah-olah kalau boleh nak datang dalam hidup dia dan famili sebab dah tak nak tengok hidup dia susah lagi selepas kehilangan orang tersayang 6 tahun lepas. Aku kalau boleh nak mengisi kekosongan yang ditinggalkan untuk memudahkan dia dan keluarga.   

Kali ini jugalah pertama kali dalam hidup aku lakukan istiharah dan beberapa kali juga yang mendapat mimpi bukan aku tetapi dia samaada pada malam yang sama atau malam esoknya andai kata aku solat istiharah lewat. Pernah juga aku pula mimpi apabila dia yang melakukan istiharah. Mimpi mungkin permainan syaitan, tetapi mimpi juga menyebabkan wujudnya salah satu Hari Suci umat Islam iaitu Hari Raya Qurban iaitu atas mimpi Nabi Ibrahim sebanyak 3 kali. Mimpi ini banyak datang melalui dia sebab aku rasa biasanya solat istiharah ini dilakukan adalah untuk orang yang keliru dan yang keliru pada masa ini adalah bukan aku tetapi dia.

Aku memilih dia bukan kerana harta, kecantikan dan faktor luaran yang lain yang mana sedikit sebanyak dia ada tetapi lebih kepada hati cekalnya menempuhi hidup dan baiknya dalam membantu insan-insan lain. Andai kata faktor luaran yang aku pilih aku takut atas faktor masa Allah akan mengambil semula namun andai kata faktor dalaman yang aku pilih insyallah akan kekal di dalam selamanya. 

Ini jugalah kali pertama aku menyatakan hasrat melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri dan serius untuk bertemu dengan ibu dan abahnya. Aku pernah diberikan janji bertemu namun mungkin aku akan terus menunggu waktunya andai kata itu tidak tertulis di Loh MahfuzNya. 

Namun aku tak pasti kenapa dengan tiba-tiba dia senyap, mungkin bila memikirkan tanggungjawab dia sebagai anak sulung untuk menyara adik-adik dan mungkin keperluan salah seorang dari kami untuk mencari kerja lain di tempat lain andai kata hubungan kami berterusan ke fasa seterusnya di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Dia juga melihat aku sebagai insan berjaya samaada dari segi luaran mahupun dalaman dan tidak setanding dirinya namun bukankah itu akan saling melengkapi. Aku pun punya 1001 kekurangan yang perlu dilengkapi yang mana ada aku nampak ada padanya. Namun aku juga tidak pasti samaada adakah diamnya ini ada sebab-sebab lain yang tidak mampu diceritakan.  

Sesungguhnya aku tidak pasti apa perancangan Yang Maha Pencipta, tetapi ikut mana pun samaada dia bersama siapapun yang lebih penting kebahagiaan dia dan janganlah dia disakiti kerana dia telah banyak kali disakiti dan banyak cabaran dan dugaan hidup yang dah dia lalui. Kau sentiasa sihatkanlah dia dan keluarga dan jauhkanlah dari apa-apa musibah dan malapetaka dan mudahkanlah perjalanan hidupnya. Andai kata kemalangan yang berlaku tempoh hari adalah tanda kemurkaan Maha Pencipta keatasnya kerana membiarkan aku sentiasa tertanya-tanya, maafkankanlah dia wahai Yang Maha Pencipta.     

Aku tidak sanggup melihat orang yang aku sayangi disakiti atau disusahkan dan aku sentiasa mahu dia sentiasa dalam keadaan selamat dan sihat. Andai kata dia diciptakan bukan untuk aku, maka Kau damaikanlah hati kami, kau temukanlah dia dengan insan yang benar-benar boleh menjaganya baik dalaman, luaran mahupun agamanya dan boleh sentiasa membahagiakannya. 

Kerana aku percaya Allah menghantar seseorang di dalam hidup kita samaada untuk kita mengubah dia atau dia mengubah kita dalam kes ini aku tak pasti. Sesungguhnya aku yakin rezeki Allah tidak akan pernah salah alamat dan andai kata itu yang telah tertulis di Loh Mahfuz insyallah itu akan jadi milik kita. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya dan boleh jadi itu juga mungkin perlindungan daripada Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???