Kejayaan Kecil Di Dalam Perjalanan Kehidupan Yang Sementara

                                                          
Tahun 2021 telah menutup tirainya 3 bulan lepas namun baru hari ini aku berkesempatan untuk aku berkongsi sama-sama bukan untuk berbangga diri tetapi untuk rujukan di masa hadapan dan juga untuk berterima kasih kepada orang-orang yang membantu kejayaan syarikat selama ini. 

Alhamdulillah, ada beberapa kejayaan  kecil yang aku kecapi pada tahun lepas termasuklah buat pertama kali aku menjadi speaker jemputan untuk forum Trade Finance di India selain memenangi beberapa award dan pengiktirafan di peringkat dunia dan Asia.

Link: https://tradefinancesummit.com/Home.aspx 

CLF Magazine daripada US pula telah memilih aku sebagai salah seorang Best CFO untuk 2021. For sure, anugerah ini bukan untuk aku tetapi orang yang selama ini telah menyokong pembangunan kewangan syarikat  selama ini khususnya Dato Guntor Tobeng dan Datin Hasnah Awang. 

Link: https://clevelfocus.com/Magazines/CFOs-2021/index.html#page/4 

Team group finance yang telah lama berkhidmat  juga adalah antara tonggak terpenting di dalam kejayaan syarikat terutamanya Rahman, Erfan, Hakim, Hafiz dan yang lain-lain. Tanpa team ini mungkin syarikat tidak mampu berjalan dan berkembang pesat sehingga menjadi satu syarikat terulung negara di dalam sektor renewable energy dan solar. 

Selain itu, aku juga telah dipilih sebagai top 5 Best Corporate Treasurer di dalam kategori Best CFO  Marquee Award. Selain Gading Kencana, syarikat-syarikat lain yang terpilih sekitar Asia Pasifik termasuklah beberapa syarikat multinasional seperti DHL dan OCBC. Mujurlah sebuah syarikat Bumiputera Islam terselit di situ 😅. 


Di dalam mengecapi kejayaan kita, orang2 terpenting dalam hidup kita yang sentiasa mendoakan kita jangan dilupa seperti ibu dan ayah kita yang tidak pernah berputus asa di dalam mendoakan kejayaan kita. Sesungguhnya kejayaan kecil bukan lah satu titik noktah tetapi adalah sebuah perjalanan ke arah kejayaan yang lebih besar, kejayaan yang boleh memberikan manfaat kepada negara dan Umat Islam khususnya. 

Semoga tahun 2022 akan memberikan kejayaan yang lebih besar untuk kita semua. 


Terima kasih Mama & Abah 😄

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Allah Hadirkan Seseorang Dalam Hidup Kita Bersebab

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???